WATCH MUSIC VIDEO ONLINE NOW »

Friday, April 24, 2009

6 Jenis Wanita Malang

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya..

Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Moga2 kiter semua x tergolong dalam kategori2 ini..Amin




1 comments:

Anonymous said...

apa2 pun ingin aku ingatkan bahawa kita wajib mengenal diri dahulu. dalam ertikata lain mesti diisi dada ini dengan tauhid. kerana awal2 agama itu mengenal Allah.