WATCH MUSIC VIDEO ONLINE NOW »

Sunday, April 12, 2009

Adakah Makanan & Minuman Sejuk Memberi Kesan Kepada Zakar ?

KITA sering disogokkan dengan pendapat bahawa mengambil makanan atau minuman sejuk akan memberi kesan kepada alat sulit? Adakah pandangan itu benar? Mengikut kefahaman rawatan tradisional Melayu, memakan atau meminum benda ‘sejuk’ memberi kesan tidak baik kepada kesihatan, lebih-lebih lagi kesihatan alat kelamin. Mengikut kefahaman sama, memakan atau meminum benda ‘panas’ memberi kebaikan kepada sistem fungsi jalanan badan dan ia juga termasuk fungsi syahwat.

Kefahaman ini juga dipercayai orang Cina dan India mengikut cara rawatan tradisional mereka.

Kepercayaan ini mungkin betul mengikut tafsiran mereka mengenai perkara yang ‘panas’ dan ‘sejuk’. Mungkin tafsiran kita mengenai perkara panas dan sejuk tidak tepat.

Misalnya, meminum minuman sejuk mungkin tidak sesuai untuk tekak yang mula radang dan boleh meningkatkan keradangan.

Ini kerana ia memudahkan kuman membiak dengan cepat kerana secara tidak langsung kulit tekak tadi hilang daya kawalan akibat keadaan sejuk dan memudahkan jangkitan merebak.

Bagaimanapun, pendapat kononnya meminum air sejuk melemahkan fungsi anggota kelamin lelaki atau wanita tidak tepat.

Mungkin menjirus air sejuk ke anggota syahwat yang terangsang membantutkan rangsangan.

1 comments:

Zulfadli Zainal said...
This comment has been removed by the author.