WATCH MUSIC VIDEO ONLINE NOW »

Sunday, April 12, 2009

Lelaki Tidak Menganggap Wanita Alat Seks

Lelaki tidak menganggap wanita alat seks. Lelaki menganggap wanita isterinya sebagai pasangan seks. Hal ini perlu difahami oleh para isteri. Banyak gejala buruk dari baiknya sekiranya wanita menganggap dirinya alat seks.

Walaupun boleh sahaja lelaki wanita yang amat cantik dan bertubuh mongel untuk dijadikan isteri, lelaki tidaklah meletakkan kecantikan fizikal itu sebagai kreteria utama dalam memilih pasangan hidup. Lelaki memilih wanita yang boleh dijadikan teman dalam hidupnya, iaitu teman dalam segala hal ehwal kehidupan rumahtangga.

Menjadikan wanita sebagai alat bermaksud mempergunakan wanita untuk kepentingan diri, contohnya mempergunakan kecantikan dan kehebatan tubuh wanita untuk memuaskan nafsu shahwat, dan selain dari itu, wanita itu dianggap tidak bermakna.Tetapi adakah lelaki beranggapan sedemikian terhadap wanita?

Lelaki berkahwin kerana merasa sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami, kemudian sebagai ayah kepada anak-anaknya. Ddia memilih wanita yang bersedia untuk menjadi isteri dan sebagai ibu. Ramai lelaki yang sedar akan mengutamakan wanita yang beragama, kemudian barulah yang berharta, yang cantik dan setaraf. Walaupun lelaki akan melakukan seks dengan isterinya, tetapi dia tidak berkahwin untuk menjadikan isterinya objek seks. Itru adalah pandangan boleh dikatakan semua lelaki.

Pada pandangan lelaki, melakukan seks bersama isteri adalah satu komunikasi cinta kasih sayang dan cinta berahi. Dalamperkahwinan , lelaki memilih ranjang sebagai tempat untuk menyatakan cinta tersebut. Lelaki sukar untuk melahirkan sayang dalam bentuk kata-kata, seperti menyatakan “Abang sayang padamu”. Lelaki kebih mudah menzahirkan sayang itu dalam bentuk perlakuan. Tempat di mana lelaki meluahkan perasaan hatinya hingga ke tahap paling tinggi ialah ketika melakukan seks,dan ia banyak dilakukan dalam bentuk perbuatan. Sekiranya wanita berharap agar suaminya selalu memmujinya atau memujuknya, wanita itu mungkin akan kecewa, kerana jarang sekali lelaki dapat melakukannya.

Lelaki mengajak isterinya untuk melakukan seks boleh diibaratkan sebagai seorang teman mengajak anda menyaksikan keindahan lembayung petang. Jika anda pergi bersamanya dan dapat menikmati keindahan itu dengan sepenuh hati, teman itu akan merasa gembira kerana kegembiran anda. Dan menganggap dirinya dan tindakannya anda hargai. Jika anda menyatakan “Tidak adakah perkara lain yang boleh awak fikirkan...., atai anda tidak pergi, atau anda pergi tetapi tidak cuba menghayatinya, dia akan merasa terhina dan jauh dihatinya telah terguris satu gurisan kekecewaan akibat sikap anda.

Wanitalah yang lebih mudah menolak ajakan seks suaminya. Jarang lelaki mahu mengelak apabila isterinya mengajak melakukannya, malah itu dianggap oleh lelaki sebagai “pucuk dicita ulam mendatang”. Gelojohnya lelaki dalam seks tidak disukai oleh wanita, tetapi gelojohnya wanita dalam seks dianggap normal dan menggembirakan lelaki.

Sekiranya anda meneliti dari sudut Islam, lelaki banyak dinasihatkan oleh Rasulullah SAW agar tidak gelojoh melakukan jimak, dan perlulah dimulakan dengan cumburayu dan belai mesra. Wanita pula banyak dinasihatkan agar jangan menolak ajakan suaminya untuk berjimak. Ini semua bertujuan untuk menyelamatkan rumahtangga, di mana ianya boleh goyang sekiranya roh perkahwinan (hal ehwal seksual suami isteri) tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

0 comments: